My photo
hye!! i'm nabila.. from pahang darul makmur.. erm,,, im sweet 20th :) as a student from poli shah alam, in civil engineering.. want to be fren with u.. peace.. (^_^) v

Tuesday, April 5, 2011

04.04.2011 (O.M.G)!!!

Assalamualaikum...

Mesti korang semua tertanya-tanya..terpinga-pinga..terpikir-pikir..semua2 ter yang ada lah kenapa dengan tarikh ni,,kan??kan?? kan??

huhuhu...meh aku storymory ngan korang...
nak dijadikan cerita.......... 
Pada tarikh ini lah buat pertama kalinya aku 'mendriver' kereta ayah aku dan telah dicium oleh orang!! (orang tu maksudnya kenderaan lain la) .. Dapat tak korang bayangkan betapa cuak!! gelabah!! geram!! sakit hati!! takut!! sedih!! nye perasaan aku time tu?? (pasai pa! bawak kete bapak aku kot) O..M.G!! hanya Allah je la yang tau..
nak tau salah sape?? salah kereta yang langgar aku tu la!! benci!! Benci!! ade ke patut, kami sama-sama nak masuk simpang, aku ade kat line kanan & dia kat line kiri.. Boleh pulak dia makan jalan aku.. then kereta yang aku bawak tu terhimpit la dengan kereta orang tu! yang lebih besar! n CAnggih!! tak silap aku 'toyota' kot...(huntung la kete besar)
Aku langsung tak perasan sama ada lelaki or perempuan yang bawak kereta tu.. yang BENGONGnye aku nih,tak reti-reti nak ambil nombor pendaftaran kereta tu! (series lupe)coz kereta tu terus menonong bawak laju pas dia himpit aku! mungkin dia takut coz dia yang salah kan.. mak aku yang ada kat sebelah lagi la menggelabah.. aku terus berhenti kat tepi jalan... tak pikir dah aku orang nak tengaok ke mende ke..  (menggelabah punye pasal) bila aku tengok kesan kene langgar tuh (nasib baik tak teruk sangat) terkedu dan terduduk aku dibuatnya.. air mata aku pun ape lagi, melimpah2 bagaikan hujan yang deras!.. Mak aku yang terkejut tengok  keadaan aku macam tu turut keluar dari kereta dan tengok apa yang terjadi kat kereta kami.. kemudian............. 'Ya Allah!!' keluar dari mulut mak aku.. 
aku hanya mampu berkata 'mak.........akak tak salah.... nanti abah marah akak'......
mak aku cuba menenangkan hati aku dan menyuruh aku masuk ke dalam kereta...
aku pun masuk ke dalam kereta dalam keadaan yang tersedu sedan dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah..(sampai salah jalan aku ikut coz terlalu takut n sedih)... huhuhuhu......
sampai je kat rumah,setelah aku memarkingkan kereta..aku terus masuk ke dalam.. ayahku yang terperanjat melihat keadaan aku yang tersedu sedan terus bertanya 'kenapa ni??'
lalu,aku pun berterus terang dengan mengatakan 'abah,kereta kene langgar'... Ayahku naik berang!! bermacam2 ayat dia keluarkan dari mulut dia untuk memarah aku.. aku hanya mampu terdiam dan berkata 'bukan salah akak bah'... ayah aku terus menjawab 'akak yang degil sangat nak bawak,da jadi macam ni kenapa nangis??da puas da hati akak??' aku cuba untuk memohon maaf dari ayahku.. lalu dalam keadaan marah ayahku menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik....
Tanpa berkata apa-apa, aku pun berlari menuju ke bilik coz aku tau time 2 ayah aku tengah marah gila kat aku! n kalau boleh makan aku,dia da makan agaknye! smpai je dalam bilik aku terus nangis dan nangis dan nangis lagi.. hanya itu mampu aku buat sebab aku rasa terlalu bersalah kat ayah aku kerana kedegilan aku!! ni akan jdi pengajaran buat aku!! (padan muke nabilah ahmad!!)
orang fes aku cal, 'dak busuk!!' pakwe??bukan.. scandal?? pun bukan.. Jus kawan jerk.. dia yang mendengar tangisan aku lalu memarahiku dengan berkata 'orang tak suka la nak dengar nangis2 nih'.. aku pun terus menamatkan panggilan lalu meng'cal sahabatku iaitu Da VinCci Love...aku pun mengadu nasib pada dia n dia menyuruh aku membuat laporan polis (tapi aku tak buat pun coz aku tak ambil nombor pendaftaran kereta yang langgar aku tu kan)... kemudian aku teringat pada sahabat karibku sewaktu di sem 1 haritu.. aku pun terus menghubungi dia.. setelah panggilanku dijawab, aku menyebut namanya 'epul'... dia yang terkesima mendengar suara aku yang merdu itu terus bertanya 'ko kenapa nabila??' lalu aku menjawab 'epul...aku excident...ayah aku marah giler kat aku...aku takut'...... epul terus menenangkan hati aku... setelah menamatkan panggilan, aku mendapat mesej daripada 'nazif>psa'.. Dak kelas aku..aku terus cal dia n memberitahu apa yang terjadi.. Dia pun terperanjat gak coz sebelum tu kami saling berbalas mesej coz dia tanya jadual peperiksaan kat aku... sepuluh minit lepas tu aku dapat satu miscal dari Umie>psa.. aku terus cal dia,dia terpinga-pinga dengar suara aku lalu bertanya 'ko kenapa nabila' aku pun menjawab 'aku exciden mie'... kami meneruskan perbualan kami dan dia suruh aku cool n tenangkan fikiran..lepas tu aku bagi tahu berita tu kat beyla nessa.. dia yang risaukan keadaan aku terus cal aku.. smpai abis credit dia buat becakap dengan aku.. cian dia.. sorry keyh sygs!!
2 jam kemudian,aku turun bawah..aku tengok ayah aku tengah sembahyang.. aku terus menuju ke dapur berjumpa mak aku.. Aku cakap kat mak  'mak,tadi abah marah sangat-sangat kat akak mak...abah kata tak nak tengok muka akak dah..pastu abah suruh akak naik atas.. mak aku menjawab 'abah kalau tengah marah memang macam tu.. biakan dulu..kejap lagi ok la 2'... Rasa bersalah dalam hati semakin membuak-buak!!las-las aku cuba dekatkan diri dengan ayah aku..dari jauh lagi aku tengok ayah aku pandang aku macam nak makan!! (tak pernah aku tengok muka ayah aku semarah tu!huhu..) pastu,aku pegang tangan ayah aku.. aku memohon maaf sekali lagi.. ayah aku terus memeluk aku dan mencium pipi kiri aku dan berkata 'dah,lepas ni dengar cakap abah..jangan nak ikutkan perasaan..abah tak marah dah... n sekali lagi air mata aku berjurai-jurai jatuh bagai air Sungai!! aku membalas pelukan ayah aku dan mencium pipi kanannya dan sekali lagi berkata 'akak mintak maaf sangat-sangat kat abah..akak salah..
kemudian kami meleraikan pelukan masing-masing..aku yang dalam keadaan tersedu sedan n hati yang lebih tenang terus naik ke bilik untuk memperbanyakkan lagi air mata!!haha!! lepas tu, satu satu kawan aku bagi tahu yang ayah aku dah ok sikit.. Dorang semua cakap' kan betul..ayah ko marah tak kan lama punya..' time tu aku rase lapang sikit dada nih..
alhamdulillah......

keesokan harinya aku dilanda demam!! haha..maybe sebab tekejut dengan apa yang terjadi kat atas diri aku ni kot..ye la,aku tak pernah rasa setakut itu tau...
aku harap aku dapat ubah sifat degil + tak dengar cakap aku nih!!
sebab sifat tu la aku jadi cmnih...
aku akan berusaha berdoa pada Allah mudah-mudahan aku menjadi anak yang solehah n dengar cakap kedua orang tua aku..
akak sayang sangat-sangat kat mak n abah!!

tnx kat korang yang sudi baca pengalaman pahit aku nih...aku nak nasihatkan korang,dengarlah cakap mak ayah keyh! kalau dorang tak bagi,jangan buat tau..anti ada la jadi pape.. macam aku ni lah..padan muke aku!! haha...
tnx keyh sygs!! sama-sama kita doa mudah-mudahan kita menjadi anak yang soleh dan solehah!!

wassalam.....

Monday, January 31, 2011

Jangan Lepaskan???


PELUKLAH diriku
dan jangan kau lepaskan ku
dan jangan kau lepskan ku darimu....


ku takkan pernah tertawa
ku takkan pernah bahagia
ku takkan pernah merasakanmu
bila kau tak di siniizinkan aku
berlutut mengharap kau tuk kembali
izinkan aku
berharap dirimu 
kembali
dan kembali
dan kembali lagi...

peluklah diriku
dan jangan kau lepaskan ku
dan jangan kau lepaskan ku darimu
peluklah diriku
dan jangan kau lepaskan ku
dan jangan kau lepaskan ku darimu...




merindui dirimu selalu Ridzwan Aqil!!!dia la 'cinta' pertama aku.. :(tapi takpe,aku pasrah atas semua ni.. mungkin ade hikmah disebalik perpisahan kami..aku doa agar dia dapat jodoh yang lebih baik dari aku.. seriesly aku sayang dia giler giler!! untill now aku tak dapat lupakan semua kenangan kami.. semua still terukir kat kotak ingatan aku.. Sumpah aku rindu dia!! dia banyak ubah diri aku.. series la dia laki pertama yang ubah hidup aku. tapi aku yang bodoh sebab lepaskan dia. betapa kejamnya aku dengan dia.. maybe aku yang salah sebab terlalu mengejar kebebasan aku sampaikan aku sanggup kehilangan seseorang yang betul-betul sayang n care pasal aku! now aku redha.. aku hope dia tak simpan dendam kat aku.. aku doakan kebahagiaan dia n kejayaan dia.. amin...